Monday, 2 June 2014




Stanza Hati bermula....


kakiku melangkah laju melewati lorong pejalan kaki yang sesekali diselangi anak-anak tangga...disisiku teman sebilik yang tidak henti2 berceloteh itu ini...aku tidak mahu terlepas ceramah di surau kolej 8 tersebut..lalu aku menggesa temanku berjalan laju menyaingiku...


Setibanya kami di perkarangan surau bahagian perempuan..ku lihat sandal dan selipar telah pun hampir memenuhi kawasan bersimen dan rak kasut. kami pantas mengatur langkah menuju ke ruangan solat. Kami hampir tidak menemukan kawasan yang cukup luas untuk duduk lalu berusaha menyelit di celah-celah hamba-hamba Allah yang dahagakan ilmu. ku keluarkan buku nota yang dibawa bersama..telekung yang dipakai aku kibas2 untuk memberi rasa nyaman pada tubuh kecilku. surau ini bersaiz sederhana dan tentu agak sesak apabila ada majlis ilmu yang dihadiri ramai siswa siswi.


suatu ketika langsir yang memisahkan bahagian lelaki dan perempuan terselak luas..
aku dapat melihat dengan jelas wajah ustaz yang menyampaikan kuliah.
aku terasa gembira mendengar kuliah yang penuh semangat dan menyentuh hati..
tiba-tiba pandanganku terhalang apabila ada jurukamera yang sibuk merakam dan mengambil gambar muncul di celah-celah pemandangan yang sesak itu. sedang aku tertinjau-tinjau mencari kembali wajah penceramah...secara tiba-tiba..kamera berfokus ke tempat aku berada..aku segera menyembunyikan wajah di sebalik telekung yang dipakai. seketika aku melihat jurukamera itu tersenyum-senyum sambil berusaha mengambil gambar. aku berasa bengang kerana fokusku dicuri.
senyuman jurukamera itu terus bermain-main di ruangan mata seolah-olah sedang mengejekku kerana terkial-kial menyembunyikan wajah. malam itu aku terlelap sambil memikirkan peristiwa yang terasa menjengkelkan dan gelagat pemuda jurukamera itu. nakal. desis hati kecilku. aku terus tertidur tanpa mengetahui ia merupakan episod pertama dalam kisah adam dan hawa.


lebih kurang 2 minggu kemudian...aku sedang berjalan di koridor bilik kuliah bersama teman sekuliah.. tiba-tiba temanku ditegur oleh seseorang..langkah kami terhenti... aku membawa pandangan mengarah pada suara yang memanggil..ada 'rasa' yang berdetak di dalam dada..
siapah adam ini? serasa pernah melihatnya sebelum ini..tetapi di mana ya? perbincangan mereka selesai tidak sampai 2 minit.. kami meneruskan langkah dengan teka-teki yang bermain di benakku..terus ku ajukan soalan pada temanku..siapakh gerangan adam yang menyapa..ku dengar namanya 'sekian sekian' ohh.. rupanya mereka sama-sama ahli kolej 8..jadi biasa bergerak dalam aktiviti kolej dan surau..
setelah beberapa ketika baru aku tersedar dia adalah jurukamera yang membuat aku geram beberapa minggu yang lalu.. tetapi entah kenapa kali ini rasa geram itu bertukar kepada rasa yang lain... aku ingin mengenali dirinya.. tetapi bagaimana...




pada teman2 kolej 8 aku risik2 bertanya..dgn soalan2 yg nampak biasa tetapi apabila di tanya secara tiba2 tetap menimbulkan syak..teman2 memberi aku maklumat yang berguna.. adam itu peramah..aktif di surau...disenangi dan pribadinya sesuai sekali dengan maksud namanya.. 'kegembiraan'.. aku semakin teruja untuk mengetahui latar belakangnya..


bagaikan terasa usahaku dibantu oleh kuasaNya...insan2 yg ku tanya kebetulan adalah org2 yg sangat mengenali dirinya..semua maklumat ku kumpul dan ku kira semuanya yang baik2 sahaja...sepertinya dia tiada musuh..aku menyenangi cerita2 yg ku dengar tentang dirinya...


dia berasal dari selatan tanah air...mngambil jurusan agama atau lebih tepat syariah...menginap di kolej 8...muda setahun dari usiaku...
kini...aku telah memperoleh alamat emailnya... aku berfikir adakah aku patut memulakan langkah untuk menegurnya... tetapi jika aku tidak memulakan..bagaimana dia akan menyedari tentang diriku...sedangkan aku yang melakukan penyiasatan secara sebelah pihak tanpa pengetahuannya..



No comments:

Post a Comment